Thursday, December 10, 2009

suatu ketika...

...lenguh seluruh badanku masih tidak hilang lagi setelah aku dan keluarga keluar bercuti..sudah terlalu lama rasanya tidak merasa 'cuti' seperti itu..aku yang sudah berusia 23 tahun rasanya sudah tidak layak untuk keluar bersiar-siar bersama keluarga..bukan apa..biasanya mereka yang seusia ku tidak lagi keluar bercuti bersama keluarga,tetapi mereka biasanya keluar bersama pasangan masing-masing..tapi..tidak salah rasanya dengan usia ini merasa cuti sekolah kan..?kereta pr0ton waja milik bapaku banyak menyaksikan gelak tawa dan marah sayang mama dan bapaku..aku seorang kakak yang agak 'gila2'..kedua adikku punya perwatakan yang sama..keduanya pendiam..tidak aku ketahui aku mewarisi sifat siapa..mahu dikata ikut bapa,bapaku seorang yang pendiam..mahu dikata ikut mama,mamaku tidak lah pendiam..dan tidak juga bising seperti aku..hurmm..ini la warna keluargaku..keluarga milik kami..
...masih jelas dalam ingatanku sewaktu aku masih kecil..agak sukar untuk kami berpeluang pergi bercuti..kekangan wang yang membelenggu mungkin salah satu sebabnya..tapi aku dan adik beradikku tidak pernah mendesak kedua ibubapaku..kami hanya mengikut sahaja..diusia sekecil itu,aku sudah mampu memahami kekurangan yang ada pada keluargaku..bagiku,berkumpul sekeluarga menonton televisyen sudah cukup membahagiakan dan menggembirakan..walaupun pada waktu itu,hanya punya Tv1 dan Tv2 sahaja..pada aku,berkumpul sekeluarga sangat-sangatlah membahagiakan..asal bisa melihat wajah mama,bapa dan kedua adikku..aku merasa begitu selamat ber'lima'..
...kenangan aku memetik kangkung juga bisa membuat aku mengalirkan air mata..ketika itu kedua ibubapaku merupakan penjawat awam yang hanya bergaji rendah..apabila dijumlahkan gaji mereka berdua,masih tidak mencecah RM1000..tetapi mereka tetap memberi nutrisi yang secukupnya untuk kami adik beradik..'bulan tua' datang lagi..sedar akan kesusahan kedua ibubapaku waktu itu,aku mengambil inisiatif untuk memetik sayur kangkung sebanyaknya..dan kemudian aku rendamkan batangnya didalam sebuah basin agar kekal segar kangkung itu..selama seminggu tidak silap aku,kami menjamah sayur kangkung..aku tidak kisah,asal sahaja dapat menghilangkan lapar..
..sewaktu aku kecil,aku sering berfikir bagaimana untuk aku dapatkan wang untuk meringankan beban kedua ibubapaku..mahu bekerja sambilan,ibubapaku tidak pernah membenarkannya..justeru,aku selalu mengambil peluang untuk turut serta dalam apa juga pertandingan yang menawarkan hadiah berbentuk wang..salah satu pertandingan yang sering aku ikuti adalah pertandingan mendeklamasi puisi..tahun 1993,sempena Hari Raya Aidilfitri,kampungku ada menganjurkan pertandingan puisi,malangnya aku hanya mendapat tempat saguhati dan mendapat RM5..sangat sedih waktu itu..tempat 1-3 dimenangi oleh anak para pengadil yang bagiku tidaklah sehebat mana..malam itu aku pulang dengan RM5 dan aku berikan pada mamaku..banyak lagi kenangan yang aku fikir bisa mendewasakan aku..dan kerana kenangan-kenangan itulah aku menjadi manusia..terima kasih atas kesemua kesusahan itu yang banyak mendidik aku untuk berdiri di atas kaki sendiri..

::ma..pa..kalian ialah 'the greatest parents'::

1 comment:

  1. pengalaman mendewasakan kita, dan kerana kesusahan lampaulah yang menjadi pendorong kejayaan kita hari ini... ada dua jenis manusia. 1. apabila susah, mereka berputus asa & berhenti mencuba, hanya berserah pada keadaaan. Mereka ini the quitter, go with the flow. 2. ada pula yg bila mereka semakin susah, semakin kuat mereka berusaha agar dapat melepaskan diri dari belenggu itu, dan pastinya setiap duka & air mata keluarga jadi penyambung nyawa usaha. Ini adalah golongan yg menongkah arus, & biasanya akan mencatat kejayaan yg ekstrem.

    So, rasanya, masa lalu kita tidak patut disesalkan asalkan kita bersikap optimistic, malah masa lalu itu & atttitude kitlah yg mencorakkan siapa kita pada hari ini. & of course by that, I meant u dear... :) U could smile happily for the success that u achieved dear... :)

    ReplyDelete