Wednesday, April 7, 2010

jap2...dr0p by d msg..

kawan2 sekalian seluruh alam..j0m2 cari pendapatan sampingan..aq pun bru j0in..tpi mmg btul kwn aq dah dpt hasilnya...stakat RM20 apa la sgt kan...drpada bz br'surf'ing..j0m jana side inc0me~!!! http://www.rm20segera.com/?r=pemmy

I'm back...

setelah sekian lama x mnaip..akhirnya seru dtg kmbali utk aq kmbali meluah rasa...trlalu byk prkara suka duka sudah aq lalui slama bbrpa bulan yg tlah mmatangkan aq..hurmmm....terima kasih pengalaman...ado0iii...saat2 mnaip ni la pula sakit dtg..k la...bye..smbg nnti..............

Monday, January 4, 2010

Di Bumi Sendiri TUANnya Siapa~?!


huh~!penat mencari sesuap nasi masih tidak hilang lagi..aku bangun seawal 4 lebih pagi untuk menyiapkan bahan2 masakan..'temp0h bertenang' selama 9 hari ni aku rasa baik kiranya aku mencari rezeki lebih dan mungkin bisa menambah rasa manis dan pahit pada awal c0retan kisah 2010 ini..pelbagai karenah yang aku saksikan di gerai tadi..anak2 muda yang leka dengan fesyen terkini kononnya,gelagat orang asing yang tidak tahu 'bertuah',ketabahan se0rang ibu..dan banyak lagilah..banyak2 karenah tu,aku paling terkesan pada karenah orang asing yang tidak pernah rasa bertuah tu..pagi2 lagi dah buat hal..sehinggakan terdetik dihati mengatakan "dimanakah haknya kami sebagai orang tempatan?,kenapa perlu kami tunduk pada mereka yang 'datang' ke bumi kami sendiri?"..arrgghh~!!geram~!!ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi begini..tapi yang malangnya,
aku pernah berhadapan dengan situasi dimana pihak berkuasa (orang tempatan) yang lebih menyebelahi orang yang 'datang'..sedih teramat sangat pada waktu itu..sehingga membuat aku keliru seketika..adakah aku benar2 berada di negara aku,atau...


::sampai bila harus begini??::

Thursday, December 31, 2009

I LoVe Prudential BSN Takaful BHD~!!!


seperti sukar aku mengatur langkah untuk keluar dari office ini sebagai Takaful Financial Executive..hari ini adalah hari terakhir aku sebagai TFE..sedih yang amat~!!selepas ini..aku bukan lagi TFE dan tidak lagi bernaung dibawah Prudential BSN Takaful..huh~!!

....x dpat tulis lagi..sedih sgt2.....=(

Tuesday, December 29, 2009

That's What Friends Are For..




And I never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned
I'm glad I got the chance to say
That I do believe I love you

And if I should ever go away
Well, then close your eyes and try to feel
The way we do today
And then if you can remember

Keep smilin', keep shinin'
Knowin' you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for
Well, you came and opened me
And now there's so much more I see
And so by the way I thank you
Whoa, and then for the times when we're apart

Well, then close your eyes and know
These words are comin' from my heart
And then if you can remember, oh

Keep smiling, keep shining
Knowing you can always count on me, for sure
That's what friends are for
In good times, in bad times
I'll be on your side forever more
Oh, that's what friends are for


Monday, December 28, 2009

Cl0sE & 0pEn NeW aCc0unt..




...tinggal beberapa kiraan saat lagi tahun 2010 akan menjelma..terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang telah aku lalui..tidak ku sangka,diari karier ku juga turut bertukar seperti tahun yang sudah tentunya turut bertukar angka..amat sedih untuk meninggalkan karier lama,karier yang banyak membawa aku mengenal keupayaan diri..arrrrgghhh~!!!ingin aku melepaskan rasa 'berat' ini..tetapi..tidak ku tahu bagaimana 'the right way'..biarlah..selamat tinggal semua kenangan manisku..aku akan mula untuk mencipta kenangan baru pada titian karierku yang akan datang..akan aku bawa bekal yang selama ini telah aku isi bersama karier lama..dan aku pasti,bekal ini InsyaALLAH dapat membantu aku..

..kekadang,terbisik juga dihati..'kenapa harus begini,kenapa tidak jadi seperti ini..?'..jawapannya hanya satu..'kerana ini adalah yang terbaik untukku'..aku yakin,tidak ada satu perkara yang berlaku didunia ini dengan sia-sia..setiap ciptaan dan kejadianNYA sudah ditentukan hikmah dan kekuatan tersendiri..percayalah..

..dicoretan ini,aku ingin merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan buat Prudential BSN kerana banyak mengajar aku erti Pekerjaan & Kehidupan.. 'limited resources & changing environment' banyak membawa aku untuk lebih berdikari..tidak akan aku lupa semua kenangan bersama keluarga Pru..teristimewa buat keluarga Banca..kalian akan tetap berada dihati ini..terimalah kasih dan sayangku buat kalian..

Thursday, December 10, 2009

suatu ketika...

...lenguh seluruh badanku masih tidak hilang lagi setelah aku dan keluarga keluar bercuti..sudah terlalu lama rasanya tidak merasa 'cuti' seperti itu..aku yang sudah berusia 23 tahun rasanya sudah tidak layak untuk keluar bersiar-siar bersama keluarga..bukan apa..biasanya mereka yang seusia ku tidak lagi keluar bercuti bersama keluarga,tetapi mereka biasanya keluar bersama pasangan masing-masing..tapi..tidak salah rasanya dengan usia ini merasa cuti sekolah kan..?kereta pr0ton waja milik bapaku banyak menyaksikan gelak tawa dan marah sayang mama dan bapaku..aku seorang kakak yang agak 'gila2'..kedua adikku punya perwatakan yang sama..keduanya pendiam..tidak aku ketahui aku mewarisi sifat siapa..mahu dikata ikut bapa,bapaku seorang yang pendiam..mahu dikata ikut mama,mamaku tidak lah pendiam..dan tidak juga bising seperti aku..hurmm..ini la warna keluargaku..keluarga milik kami..
...masih jelas dalam ingatanku sewaktu aku masih kecil..agak sukar untuk kami berpeluang pergi bercuti..kekangan wang yang membelenggu mungkin salah satu sebabnya..tapi aku dan adik beradikku tidak pernah mendesak kedua ibubapaku..kami hanya mengikut sahaja..diusia sekecil itu,aku sudah mampu memahami kekurangan yang ada pada keluargaku..bagiku,berkumpul sekeluarga menonton televisyen sudah cukup membahagiakan dan menggembirakan..walaupun pada waktu itu,hanya punya Tv1 dan Tv2 sahaja..pada aku,berkumpul sekeluarga sangat-sangatlah membahagiakan..asal bisa melihat wajah mama,bapa dan kedua adikku..aku merasa begitu selamat ber'lima'..
...kenangan aku memetik kangkung juga bisa membuat aku mengalirkan air mata..ketika itu kedua ibubapaku merupakan penjawat awam yang hanya bergaji rendah..apabila dijumlahkan gaji mereka berdua,masih tidak mencecah RM1000..tetapi mereka tetap memberi nutrisi yang secukupnya untuk kami adik beradik..'bulan tua' datang lagi..sedar akan kesusahan kedua ibubapaku waktu itu,aku mengambil inisiatif untuk memetik sayur kangkung sebanyaknya..dan kemudian aku rendamkan batangnya didalam sebuah basin agar kekal segar kangkung itu..selama seminggu tidak silap aku,kami menjamah sayur kangkung..aku tidak kisah,asal sahaja dapat menghilangkan lapar..
..sewaktu aku kecil,aku sering berfikir bagaimana untuk aku dapatkan wang untuk meringankan beban kedua ibubapaku..mahu bekerja sambilan,ibubapaku tidak pernah membenarkannya..justeru,aku selalu mengambil peluang untuk turut serta dalam apa juga pertandingan yang menawarkan hadiah berbentuk wang..salah satu pertandingan yang sering aku ikuti adalah pertandingan mendeklamasi puisi..tahun 1993,sempena Hari Raya Aidilfitri,kampungku ada menganjurkan pertandingan puisi,malangnya aku hanya mendapat tempat saguhati dan mendapat RM5..sangat sedih waktu itu..tempat 1-3 dimenangi oleh anak para pengadil yang bagiku tidaklah sehebat mana..malam itu aku pulang dengan RM5 dan aku berikan pada mamaku..banyak lagi kenangan yang aku fikir bisa mendewasakan aku..dan kerana kenangan-kenangan itulah aku menjadi manusia..terima kasih atas kesemua kesusahan itu yang banyak mendidik aku untuk berdiri di atas kaki sendiri..

::ma..pa..kalian ialah 'the greatest parents'::